Ramadhan

10 Ogos 2010- Selamat Berpuasa :D
Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya,
Jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya,
Jika seluruh bulan adalah noda maka ramadhanlah pemutihnya.
Selamat Berpuasa kepada semua.

Assalamualaikum,
Esok puasa! Pada hari esok, 10 Ogos 2010 bersamaan dengan
1 Ramadhan, seluruh umat islam akan menunaikan ibadah berpuasa. Berpuasalah dengan sebaiknya untuk mendapat ganjaran pahala sebanyak yang mungkin. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di antara semua bulan. Kita perlulah memperbanyakkan amal ibadah kerana ia merupakan bulan dimana semua syaitan telah diikat. Segala perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh manusia tidak kira secara sengaja atau sebaliknya adalah datang dari diri sendiri tanpa sebarang hasutan daripada orang lain.
Kelebihan Bulan Ramadhan.

1) Kamu akan di naungi sepenuhnya oleh Allah pada bulan Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia mereka akan terlepas dari siksaan kubur)
2) Bulan yang penuh dengan keberkatan
3) Kemuliaan bulan Ramadhan lebih daripada 1000 bulan
4) Amalan sunat yang dilakukan sama pahalanya dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu pula mendapat 70 kali ganda ganjaran pahalanya
6) Bulan yang penuh dengan kesabaran dan ganjaran pahala yang terbesar adalah syurga
7) Bulan penambahan rezeki
8) Memberi peluang untuk mendapat lebih banyak pahala
9) Bulan yang penuh dengan keampunan (doa yang akan dimakbulkan ialah doa sebelum berbuka puasa dan juga doa pada sepertiga malam yang terakhir)
10) hari pertengahan pada bulan Ramadhan merupakan hari pengampunan manakala 10 hari terakhir adalah hari kemerdekaan daripada api neraka.

p/s: Renung-renungkanlahhh dan Selamat Berpuasaa :)

Puasa oh puasa:
Syahirah Jefrii.